Minggu 10
17/11/2015 , Selasa
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera..
Kelas bermula seperti biasa selepas cuti midsem.
Kami memulakan kelas dengan pembentangan kumpulan ketiga (Diha Izany, Nana, Zila) yang bertajuk "Perisian Sumber Terbuka".
Saya kurang faham mengenai perkara yang dibentangkan kerana huraian mereka kurang jelas dan tidak boleh menghuraikan pembentangan dengan baik. Tetapi sedikit sebanyak saya faham mengenai apa itu perisian sumber terbuka, fungsi-fungsi dan sebagainya. Dan kami seperti biasa teruja untuk menjawab soalan-soalan yang diajukan..
Pembelajaran diteruskan dengan menumpukan semula perhatian terhadap kajian yang kami jalankan. Seperti yang sedia maklum, kumpulan saya menjalankan kajian "Pemahaman Kemahiran ICT pada Abad Ke-21". Kami berpuas hati kerana kami telah memdapat 33 orang responden bagi soal selidik yang telah kami letakkan di Google Form.
Jadi, hari ini Cik Mazalah memberi penerangan untuk menganalisis data-data yang telah dikumpulkan.