Minggu 1Assalamualaikum..
Minggu pertama adalah minggu orientasi dimana subjek "Komputer dalam Pendidikan" ini, kami diberikan penerangan oleh Dr. Fariza. Kami juga diperkenalkan dengan barisan pensyarah bagi setiap kumpulan. Pada hari yang sama juga kami dibahagikan kepada kumpulan. Penerangan yang sangat santai tetapi penuh dengan informasi yang bermanfaat untuk kami semua. Terima kasih :) Saya, Adillah masuk ke kumpulan SE2 bersama Cik Mazalah. elas kami pada setiap hari Selasa, jam 2:00pm-5:00pm. |
Minggu 2Bismillah..
Minggu kedua merupakan kali pertama kami masuk ke kelas. Kami Kumpulan SE2 ditempatkan di Makmal Komputer 2 bersama Cik Mazalah. Kelas yang sangat menyeronokkan dimana kami mula berkenalan dengan pensyarah kami, Cik Mazalah dan rakan-rakan yang lain. Saya gembira kerana telah didedahkan mengenai cara membuat akaun Gmail seterusnya diajar untuk menggunakan aplikasi itu. Kami berbalas email sesama sendiri dan mendapat respon yang baik daripada rakan-rakan dan Cik Mazalah sendiri. Secara tidak langsung, penggunaan akaun Gmail memudahkan saya atas setiap kerja dan urusan kerana akaun ini sememangnya mempunyai pelbagai aplikasi yang memudahkan proses pembelajaran saya. |
Mnggu 3Assalamualaikum..
Minggu ketiga. Sekali lagi kami berkumpul bersama Cik Mazalah bagi subjek "Komputer dalam Pendidikan'. Saya teruja kerana kami diajar untuk membuka akaun weebly. Satu persatu kami diajar untuk mengakses aplikasi itu. Bermulalah tugasan pertama saya untuk membuat laporan. Satu proses yang amat mencabar dan menyeronokkan. Buat pertama kali juga saya didedahkan mengenai cara-cara mencipta blog sendiri. Alhamdulillah, we did it!! ;) |