Minggu 4
Assalamualaikum..
Kelas diteruskan seperti biasa. Kami memulakan Tugasan 2 iaitu Learning Management System (LMS) dan Course Management System (CMS).
Kami menggunakan ejen pencarian untuk mencari maklumat mengenai perisian-perisian ini. Ternyata banyak perkara baharu yang kami pelajari mengenai tugasan ini.
Saya mendapati kesukaran untuk mengakses maklumat berkenaan tugasan ini. Hal ini demikian kerana, pencarian dan pemahaman mengenai tajuk ini sukar untuk difahami. Mungkin kami tidak pernah mendengar ataupun belajar mengenai perisian ini. Jadi, kami menghadapi kesukaran untuk memahami dengan lebih jelas mengenai LMS dan CMS. Dengan perbincangan bersama Cik Mazalah dan rakan-rakan kumpulan, kami berjaya memahami apa itu LMS dan CMS. Ternyata ianya adalah satu perisian yang sangat menarik untuk dipelajari.
Kami diberi tugasan dalam bentuk soalan dan soalan-soalan itulah yang membantu kami mencari dan memahami perisian ini.
Kami berjaya lakukannya walaupun tugasan ini memerlukan pemahaman dan penjelasan yang sangat mendalam.
Semua bahan rujukan mengenai LMS dan CMS telah kami muat naik dalam Google Drive (Tugasan 2) dan Google Dov digunakan sebagai medan bagi kami menulis esei tersebut.
Terima kasih...:)