• Home
  • Me
  • Tugasan
    • Tugasan 1
    • Tugasan 2
    • Tugasan 3
    • Tugasan 4
    • Tugasan 5
    • Tugasan 6
    • Tugasan 7
    • Tugasan 8
  • Refleksi Pembelajaran
    • Minggu 1
    • Minggu 2
    • Minggu 3
    • Minggu 4
    • Minggu 5
    • Minggu 6
    • Minggu 7
    • Minggu 8
    • Minggu 9
    • Minggu 10
    • Minggu 11
    • Minggu 13
    • Minggu 14

Minggu 13

Haii, Assalamualaikum..

Pada minggu ini, kami diberikan masa untuk mengemaskini segala kerja dan tugasan-tugasan yang tidak sempurna, melakukan penambahbaikan, pertanyaan, dan sebagainya. Cik Mazalah memantau setiap tugasan yang kami lakukan dan membantu sekiranya terdapat sebarang kesukaran dan sebaginya. Kami menggunakan peluang yang ada untuk kami melakukan penambahbaikan. Saya juga tergolong dalam kalangan pelajar yang tidak menyempurnakan tugasan dengan baik. Saya membuat penambahbaikan dalam blog ini. Saya melengkapkan refleksi pembejaran dan mencantikkan blog ini.

Kelas diteruskan dengan penerbitan video. Tugasan ini merupakan tugasan kumpulan. Kami diberi masa untuk memikirkan konsep, tema dan tajuk video kami. Penerbitan video ini menggunakan aplikasi Poetoon. Sejujurnya, saya tidak pernah menggunakan aplikasi Powtoon ini dalam penerbitan video walaupun ianya merupakan antara aplikasi penerbitan video yang sangat popular pada masa kini. Pada masa yang sama, kumpulan kami mempunyai kelebihan dimana salah seorang rakan kami iaitu Syazmimie mempunyai kelebihan dalam menggunakan Powtoon. Syazmimie menerangkan kepada kami tentang cara penggunaannya. 

Kami bersepakat untuk menerbitkan video berdasarkan tajuk "Kemahiran Abad ke-21 dalam Pendidikan" berikutan dengan tajuk pembentangan kami. Kami merasakan ianya mudah kerana kami telah memahami sepenuhnya konsep kemahiran abad ke-21 ini. 

Kami bekerjasama menghasilkan video. Penerbitan video sememangnya memerlukan kesabaran yang tinggi dan jaringan internet yang kuat walaupun aplikasi Powtoon ini mudah digunakan. Kami berjaya menghasilkan video tersebut dalam masa dua hari..

Well done to us :) heheee​
Picture
Picture
Picture
Powered by Create your own unique website with customizable templates.