Minggu 3
Assalamualaikum..
Minggu ketiga. Sekali lagi kami berkumpul bersama Cik Mazalah bagi subjek "Komputer dalam Pendidikan'.
Saya teruja kerana kami diajar untuk membuka akaun weebly.
Satu persatu kami diajar untuk mengakses aplikasi itu. Bermulalah tugasan pertama saya untuk membuat laporan.
Satu proses yang amat mencabar dan menyeronokkan. Buat pertama kali juga saya didedahkan mengenai cara-cara mencipta blog sendiri.
Pada masa yang sama, kami ditugaskan untuk memuatnaik bahan rujunkan yang kami telah perolehi berkaitan komputer sebagai alat, tutor dan tutee dalam Tugasan 1 di Google Drive. Kami ditugaskan untuk menulis esei berkaitan tajuk itu menggunakan Google Doc.
Banyak journal, artikel dan maklumat yang dapat kami perolehi semasa menjalankan tugasan ini dan perkara ini sedikit sebanyak membantu kami untuk menulis esei. Kami melakukannya secara berkumpulan. Komputer sebagai alat dan komputer sebagai tutor mampu kami huraikan dengan baik dengan kefahaman yang jelas. Tetapi bagi fungsi komputer sebagai tutee kami sukar untuk memahami fungsi-fungsi itu dengan baik. Hasil bagi huraian komputer sebagai tutee sangat tidak memuaskan bagi kumpulan kami dan bagi Cik Mazalah sendiri. Dengan merujuk kepada CIk Mazalah, rakan-rakan dan maklumat tambahan daripada internet, kami berjaya memahami fungsi sebenar komputer sebagai tutee.
Alhamdulillah, we did it!! ;)