Minggu 8
27/10/2015, Selasa
Assalamualaikum dan Selamat Petang..
Hari ini merupakan hari pembentangan kami sebagai kumpulan pertama. Saya, Syazmimie Jamal dan Fitri Tordin membentangkan tajuk "Abad ke-21 dalam Pendidikan'. Untuk pengetahuan semua, ini merupakan pembentangan saya yang pertama sejak menjadi mahasiswa di UKM ini. Saya berasa sangat teruja dan berharap dalam melakukan yang terbaik. Alhamdulillah, berkat pengajaran Cik Mazalah, ahli kumpulan dan rakan-rakan yang sememangnya sangat membantu dalam memberi sokongan dan kerjasama membuatkan segala yang dirancang berjalan dengan lancar sekali. Saat paling seronok apabila berlaku soal jawab bersama rakan-rakan dimana mereka memberikan kerjasama dan respon yang sangat baik.
Terima kasih untuk semua pujian, teguran, semangat dan sokongan daripada semua. Segala kekurangan InshaAllah akan saya perbaiki dimasa hadapan.
Seterusnya kami teruskan dengan pembelajaran dimana melihat keberhasilan kajian yang kami jalankan. Kami berterima kasih kepada rakan-rakan yang sudi memberi kerjasama menjawab soal selidik kajian kami. Dr Fariza juga sangat membantu memudahkan kami mendapatkan responden dengan membuka peluang untuk kami memaparkan soal selidik kami di e-forum. Setakat ini kami telah mengumpul 32 orang responden.
Terima kasih.