• Home
  • Me
  • Tugasan
    • Tugasan 1
    • Tugasan 2
    • Tugasan 3
    • Tugasan 4
    • Tugasan 5
    • Tugasan 6
    • Tugasan 7
    • Tugasan 8
  • Refleksi Pembelajaran
    • Minggu 1
    • Minggu 2
    • Minggu 3
    • Minggu 4
    • Minggu 5
    • Minggu 6
    • Minggu 7
    • Minggu 8
    • Minggu 9
    • Minggu 10
    • Minggu 11
    • Minggu 13
    • Minggu 14
Minggu 7
Assalamualaikum and Good Evening..
20/10/2015, Selasa

Kelas bermula dengan penerangan bagi tugasan minggu ketujuh. Cik Mazalah memberi pendedahan tentang PENYELIDIKAN.
Kami diberi penerangan secara terperinci mengenai tujuan penyelidikan, kepentingan penyelidikan, langkah-langkah penyelidikan dan kami juga diberi pendedahan tentang cara menghasilkan kertas cadangan (proposal). 
Melalui proses pengajaran dan pembelajaran ini, saya berasa lebih yakin untuk menjalankan penyelidikan.

Kami mula menjalankan penyelidikan dalam kumpulan. Kami diberi masa untuk merangka satu tajuk dan objektif kajian berdasarkan tajuk "Kemahiran Abad Ke-21" dengan menggunakan bahan rujukan (jurnal) yang telah kami cari pada minggu lepas. Dari jurnal-jurnal tersebut sedikit sebanyak memberi kami idea untuk menjalankan kajian mengenai tajuk ini.

Kumpulan saya berjaya merangka satu tajuk dan objektif :
​
Tajuk - PEMAHAMAN TENTANG KEMAHIRAN ICT PADA ABAD KE-21 DALAM KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI
Obj   - 1. mengenal pasti tahap pemahaman pelajar universiti tentang kemahiran ICT pada abad ke-21
        - 2. mengenal pasti kepentingan kemahiran ICT dalam kalangan pelajar universiti

​
Powered by Create your own unique website with customizable templates.