Minggu 11

Selasa, 24/11/2015
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera..
Waktu sangat pantas berjalan, kuliah kami menghampiri penghujungnya.
Kelas dimulakan dengan pembentangan daripada kumpulan Amirul Fikri, Wan Nurfazilah dan Sunatul Mardhiah. Kami daripada Kumpulan $ menjadi juri bagi pembentangan mereka. Tajuk pembentangan mereka ialah "KESELAMATAN KOMPUTER DAN INTERNET'. Pembentangan ini sangat menarik dengan pembentang-pembentangnya yang sememanya berbakat dalam menghuraikan isi dan maklumat. Penyampaian mereka jelas dan menarik. Dari tugasan ini, kami didedahkan tentang keselamatan komputer dan internet yang sememangnya diambil ringan oleh semua orang. Seperti biasa, kelas kami riuh dengan sesi soal jawab daripada pembentangan itu.
Seterusnya, kelas diteruskan dengan pembentangan daripada kumpulan terakhir iaitu kumpulan Nur Musfaiqah, Farah Nabilah dan Syaza Aqilah yang bertajuk "PERISIAN ASAL DAN BERLESEN". Satu lagi pembentangan yang menarik, jelas, ringkas dan padat. sesi soal jawab yang dilakukan ternyata memberi impak yang berkesan kerana kami mampu memahami dan mendalami aspek-aspek yang telah diterangkan semasa pembentangan dijalankan. kesemua kumpulan ternyata telah memberikan hasil pembentangan yang terbaik.
Cik Mazalah telah menilai dan memberi komen bagi keseluruhan pembentangan yang telah dijalankan. Ternyata beliau juga berpuas hati dengan hasil kerja kami dan memberi nasihat dan penambahbaikan yang perlu kami baiki pada masa hadapan.
Kelas diteruskan dengan tugasan yang seterusnya. Kami diajar untuk membina brosur menggunakan Microsoft Publisher. Pembelajaran ini merupakan suatu perkara baru bagi saya. Ini merupakan kali pertama saya menggunakan aplikasi ini. Ternyata ianya amat mudah. Pada masa yang sama Cik Mazalah dan rakan-rakan membantu dalam tugasan ini kerana saya tidak begitu mahir menggunakannya.
Sesungguhnya, pengajaran bagi kelas Komputer dalam Pendidikan ini sangat memberi impak dan pendedahan yang besar kepada saya dalam mendalami dunia yang serba canggih ini.
Terima kasih.....