KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN (GGGE 1155)
ASSIGNMENT 1
KOMPUTER SEBAGAI ALAT, PENGAJAR DAN PELAJAR
KUMPULAN 4
MOHAMAD FITRI BIN TORDIN A 153085
NUR ADILLAH BINTI MD ABDUL HAMID A 154992
NUR SYAZMIMIE BINTI JAMAL A 155752
PENGENALAN
Komputer adalah sebuah mesin pemprosesan data berelektronik yang menerima dan menyimpan data, melakukan operasi aritmetik (pengiraan) dan logik (membuat keputusan) ke atas data dan kemudian mengeluarkan keputusan (maklumat). Komputer memproses data secara automatik (tanpa pertolongan manusia) di bawah arahan program yang tersimpan dalam unit storan utama.
Sejarah bermula dari zaman purba di mana manusia telah pun mencipta dan menggunakan pelbagai sistem pengiraan untuk kerja-kerja harian mereka dan komputer juga dikenali sebagai Machine of The Year (Zoraini 1991). Walaupun sistem yang digunakan pada zaman itu tidak bersesuaian, tetapi sistem itu mencukupi dan memenuhi matlamat mereka. Namun sepanjang perkembangan itu, manusia sentiasa mencari cara supaya mereka boleh mengira dengan cepat dan tepat sehinggalah ke hari ini dimana komputer digunakan secara meluas oleh masyarakat seluruh dunia dalam pelbagai tujuan dan ‘meniti dari bibir ke bibir’ masyarakat pada era teknologi hujung jari ini.
Ini memandangkan kepantasan akal manusia bagi melaksanakan tugas mengira adalah terbatas. Selain itu, terlalu kerap menghasilkan kesilapan dan jawapan kurang tepat. Oleh itu, alat atau mesin mengira yang cepat dan tepat sentiasa diusahakan. Tidak hairanlah komputer digunakan dalam semua sektor serta kehidupan khususnya terhadap sistem pendidikan dan secara amnya, ianya terbahagi kepada tiga kategori iaitu, komputer sebagai alat, guru, dan pelajar.
Komputer sebagai ALAT
Di zaman serba teknologi dan terkenal dengan dunia hanya di hujung jari ini, tidak hairanlah masyarakat mementingkan kemudahan dan keselesaan dalam apa jua perkara. Oleh itu, komputer telah dijadikan medium alat perantaraan dalam memudahkan urusan, kerja, tugasan dan pelbagai lagi dengan hasil kerja yang cemerlang serta berkesan. Terdapat beberapa kepentingan komputer sebagai alat, seperti ianya digunakan untuk menaip, proses mencetak dan menyimpan segala data mahupun maklumat oleh seseorang sama ada penting atau tidak khususnya kepada para pelajar mahupun para guru kerana setiap kelas nota-nota mungkin akan diedarkan ataupun para guru menggunakan komputer sebagai alat pembelajaran semasa dalam kelas. Pelajar tidak dapat lari daripada mendapat tugasan untuk sesuatu subjek dan perlulah ditaip, disimpan, dicetak dan dikemukakan kepada pensyarah mengikut tarikh yang ditetapkan.
Melalui komputer juga, kita dapat mengetahui isu-isu semasa yang berada di luar kawasan mahupun yang berdekatan dengan kita seperti isu banjir, tanah runtuh dan pelbagai lagi. Mungkin kita tidak dapat menyumbang dengan wang ringgit, namun doa juga merupakan sumbangan yang amat bernilai. Seperti yang sedia maklum, masyarakat juga menggunakan komputer ini sebagai alat dalam berkomunikasi. Sudah terang, lagi bersuluh seperti facebook, instagram, twitter, blog, pages antara yang menjadi trend ataupun budaya pada era serba teknologi ini dan tidak lupa juga kepada peniaga atau penjual barangan atas talian (online). Kebanyakan mereka mempromosikan dan membuat tawaran bagi mendapatkan kualiti dan harga yang terbaik dengan pelbagai iklan menarik.
Keselesaan juga merupakan faktor utama, seperti proses pemindahan wang. Dengan adanya komputer, para pengguna hanya duduk di rumah sambil berehat mahupun melakukakan aktiviti sekali pun, transaksi wang boleh dibuat dengan mudah dan cepat tanpa perlu beratur panjang di bank dengan keadaan sekeliling yang sesak. Teknologi komputer perlu merentasi kurikulum untuk memudahkan pembelajaran dalam pelbagai jenis bidang dengan cemerlang dan berjaya.
Komputer sebagai GURU
Komputer juga dikenali sebagai guru kerana komputer berperanan menyampaikan pengajaran dan pembelajaran.. Hal ini demikian kerana komputer dijadikan sebagai salah satu medan untuk masyarakat mempelajari sesuatu perkara yang baharu. Medan ini sememangnya digunakan oleh setiap lapisan masyarakat. Bukan sahaja pelajar, malah guru juga memerlukan suasana pembelajaran yang lebih menarik. Bagi merealisasikan inovasi ini, mereka menggunakan komputer sebagai medan untuk mendapatkan lebih banyak maklumat, contoh-contoh gambar, video dan sebagainya. Pelajar juga boleh menggunakan bahan atau perisian dalam komputer untuk mendapatkan contoh soalan, latih-tubi, tutorial dan sebagainya bagi tujuan pembejaran secara individu.
Sekiranya kita melihat dari sudut lain pula, komputer dianggap sebagai guru banyak dilihat dalam kalangan wanita atau ibu. Mereka menjadikan komputer sebagai medium untuk mempelajari sesuatu. Sebagai contoh mempelajari resepi yang baru, tips penjagaan kesihatan, tips penjagaan rumah tangga, dan sebagainya. Begitu juga dalam kalangan lelaki dimana mereka ingin menguasai sesuatu teknik atau mempelajari sesuatu pengurusan. Dengan menjadikan komputer sebagai guru, setiap masyarakat akan dapat menguasai setiap pengetahuan dan kemahiran seterusnya menjadi manusia yang berpotensi dalam penggunaan teknologi. Kecekapan untuk mengakses maklumat juga bertambah melalui penggunaan komputer dimana komputer mengajar pengguna untuk lebih cekap dalam mencari maklumat dan sebagainya.
Komputer sebagai PELAJAR
Komputer juga dianggap sebagai pelajar. Komputer digunakan sebagai medium untuk pengguna mengatur sesuatu program. Seperti yang kita sedia maklum, pengguna mengawal komputer dalam proses penyusunan atau atau operasi sesuatu program. Komputer dianggap sebagai pelajar kerana komputer boleh digunakan untuk membuat nota dengan lebih teratur, ringkas dan mudah difahami. Kini, terdapat pelbagai perisian komputer yang memudahkan pengguna membuat nota dalam bentuk peta minda. Perkara ini boleh membantu pengguna belajar dengan lebih berkesan. Selain itu, komputer digunakan sebagai salah satu alat untuk melaksanakan pelbagai tugas dengan lebih cekap, cepat dan berkesan.
Komputer juga dapat mempercepat proses pembelajaran seperti membuat projek, kerja kursus dan sebagainya. Komputer juga merupakan salah satu medium komunikasi bagi pel;bagai tujuan. Antaranya ialah pelajar dapat berkongsi maklumat dengan rakan-rakan. Selain menjadi alat komunikasi, komputer juga menjadi alat hiburan bagi kebanyakan pengguna kerana komputer yang dilengkapi dengan jaringan internet membolehkan pengguna mengakses atau memuat naik sebarang hiburan tanpa had. Perkara ini merupakan antara salah satu cara untuk menghilangkan tekanan terutamanya dalam kalangan pelajar.
RUMUSAN
Berdasarkan penerangan di atas , pelbagai jenis maklumat telah membuktikan bahawa komputer dapat dianggap sebagai guru , pelajar dan alat . Komputer telah menjadi medium yang memudahkan proses pembelajaran dan pelajaran masa kini . Contohnya guru akan menggunakan untuk menaip, proses mencetak dan menyimpan segala data mahupun maklumat untuk kegunaan guru sendiri mahupun untuk pelajar . Selain itu , komputer juga mampu menjadi sebagai alat . Hal ini kerana , zaman sekarang kebanyakkan proses hidup menggunakan alat seperti komputer untuk memudahkan pekerjaan , menjimatkan waktu dan sebagainya . Komputer sebagai alat juga telah memudahkan komunikasi antara satu sama lain .Contohnya dengan penggunaan Facebook , Whatsapp , Twitter dan sebagainya . Selain itu komputer juga diibaratkan sebagai pelajar kerana dapat melaksanakan pelbagai tugas dengan lebih cepat ,cekap dan berkesan.
Akhir sekali , jelaslah bahawa komputer ini dianggap sebagai alat , guru dan pelajar . Penggunaanya makin meluas dari semasa ke semasa . Maka pendidikan pada masa akan datang akan lebih membangun dengan pelbagai teknologi yang akan dihasilkan . Oleh itu kita haruslah memanfaatkan penggunaan komputer dari pelbagai aspek dan digunakan untuk hal yang positif . Selain menambah pengetahuan dan wawasan , kita jumpa berkreativitas dalam komputer .
"So, be a diligent and creative student and then you’ll be the winner"
RUJUKAN
Chi Mi Chu Ren. 15 Februari 2012. Manfaat Komputer dalam Dunia Pendidikan.
http://manfaatkomputer/dalamduniapendidikan.blogspot.my [22 Sept 2015]
Musriansyah Sihotang. 3 Februari 2010. Fungsi dan peranan Komputer dan Internet dalam Pendidikan.
http://musriansyah.blogspot.my/2010/02/fungsi-dan-peranan-komputer-dan.html
[22 Sept 2015]
Alim Arrasyid. Komputer sebagai Alat Informasi dan Komunikasi.
http://aliemscorporation.blogspot.my/2013/09/komputer-sebagai-alat-informasi-dan.html
[22 September 2015]
Muhammad Aele Shafri bin Rusli. Ogos 2014. Fungsi Komputer sebagai ‘Alat’, ‘Guru’ dan ‘Pelajar’.
http://muhammadaeleshafri.weebly.com/assignments/fungsi-komputer-sebagai-alat-guru-dan-pelajar [ 22 September 2015]