LAPORAN TUGASAN 2
LEARNING MANAGEMENT SYSTEM (LMS)
COURSE MANAGEMENT SYSTEM (CMS)
AHLI KUMPULAN:
- MOHAMAD FITRI BIN TORDIN A 153085
- NUR ADILLAH BINTI MD ABDUL HAMID A 154992
- NUR SYAZMIMIE BINTI JAMAL A 155752
KUMPULAN 4
Pengenalan
Acap kali kita mendengar tentang singkatan LMS dan CMS. Namun, pernahkah terfikir di fikiran kalian apakah itu LMS dan CMS atau lebih tepat lagi Learning Management System (LMS) dan Course Management System (CMS). Sistem ini telah menjadi bualan ramai pada era teknologi ini kerana ianya merupakan medium perantaraan yang amat berkesan dalam sesi pembelajaran. Secara ringkas, “Content Management System” dan “Learning Management System” mempunyai kesamaan antara satu sama lain. Learning Management System (LMS) dan Course Management System (CMS) mempunyai ciri-ciri yang sama antaranya ialah, kedua-dua sistem ini membuat pendaftaran pengguna dalam setiap kursus yang diambil, komunikasi antara pelajar dengan pelajar yang lain mahupun para pensyarah yang sentiasa memantau perkembangan para pelajar, berfungsi sebagai alat komunikasi dengan para pelajar, mengesan prestasi pelajar dalam pembelajaran dan melancarkan setiap bahan pembelajaran terhadap sesuatu subjek atau kursus seterusnya dapat melahirkan pelajar yang lebih bercita-cita tinggi dan berwawasan. Seperti yang sedia maklum, “Learning Management System” adalah istilah yang digunakan dengan meluas untuk lingkungan sistem-sistem yang menyediakan capaian kepada setiap perkhidmatan pembelajaran secara atas talian (online) untuk para pelajar, para guru dan juga pihak pentadbir sistem. Antara perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan termasuklah pengawalan capaian, persediaan kandungan pembelajaran, alat komunikasi, dan pentadbiran kumpulan pengguna. Istilah lain yang sering digunakan sebagai sinonim kepada LMS adalah :-
- Content Management System (CMS)
- Learning Content Management System (LCMS)
Apakah LMS?
Sistem pengurusan pembelajaran ialah salah satu aplikasi pendidikan untuk membuat pengajaran dan pembelajaran. Aplikasi ini merujuk kepada pelbagai sumber iaitu meliputi kandungan kurikulum dari tahap pra-sekolah sehingga tahap universiti. Topik-topik pembelajaran disampaikan atau dicapai melalui akses terus ke internet. Unsur penting dalam pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan sistem pengurusan pembelajaran ialah secara capaian internet. Tanpa capaian internet sistem ini tidak dapat dijalankan kerana sistem ini menggunakan internet sebagai salah satu alat untuk berinteraktif. Hal ini dapat dilihat apabila pembelajaran yang menggunakan sistem ini adalah melalui atas talian (online).
Sistem pengurusan pembelajaran ini adalah laman web yang turut digunakan oleh peringkat tinggi berasaskan teknologi untuk penyelesaiaan perenggan, menyampaikan dan mengatur pelbagai aktiviti belajar dalam sebuah organisasi. Sebagai contoh talian, kelas maya dan program pengajar yang dipimpin yang dapat menilai proses pembelajaran khusus. Sistem ini juga turut digunakan oleh pelajar untuk memuat turun nota. Pelajar dapat mengakses maklumat berhubung dengan tugasan yang diberikan oleh pensyarah dengan hanya menggunakan sistem ini. Malahan, mereka juga boleh lihat keputusan peperiksaan. Sistem ini juga memberi kelebihan kepada pelajar yang pemalu untuk berinteraksi kerana hanya menggunakan nama samaran.
Keadaan ini memudahkan pelajar-pelajar berinteraksi dengan pensyarah dan rakan-rakan dan memberi keselesaan kepada mereka. Contoh aplikasi LMS yang digunakan oleh pelajar UKM ialah I-FOLIO. I-FOLIO ini digunakan oleh pelajar dan pensyarah UKM. Pelajar menggunakan I-FOLIO bertujuan untuk mendapatkan nota, malah perbincangan tentang tajuk-tajuk pembelajaran juga boleh dilakukan dengan pensyarah. Manakala pensyarah menggunakan LMS bertujuan untuk memasukkan nota dan memberi maklumat tentang hal terbaru kepada pelajar.
“Learning management systems” (LMS) merujuk kepada perisian yang keutamaannya bertindak sebagai pendaftar elektronik dengan melaksanakan pelbagai pendaftaran dan tugas-tugas yang berkaitan secara elektronik. Learning Management System (LMS) pada asalnya direka untuk suasana pembelajaran ditempat kerja, dan khususnya digunakan untuk mengurus kesemua program latihan sesuatu organisasi, termasuk pembelajaran tradisional didalam kelas.
Saul Carliner
“Learning Management System” (LMS) adalah perisian yang mentadbir acara latihan secara automatik. Kesemua “Learning Management Systems” mengurus log masuk pengguna berdaftar, mengurus katalog-katalog kursus, merekodkan data daripada pelajar, dan menyediakan laporan kepada pihak pengurusan.
Hall (2001)
Apakah CMS?
Course Management System (CMS) atau Kursus Sistem Pengurusan pada asasnya direka untuk menyokong kursus pendidikan atau akademik. Ia membolehkan pengajar untuk mewujudkan sebuah laman web kursus, di mana dokumen boleh dimuat naik dalam format popular seperti perkataan, power point, excel, office dan lain-lain tanpa perlu menukar mereka kepada format web seperti HTML.
Ini memerlukan beberapa kemahiran khusus, sekali gus menjadikannya Course Management System (CMS) pilihan utama tenaga pengajar. Ia juga cekap dalam menyokong pembelajaran jarak jauh kerana perbincangan lembaga permohonan yang kukuh. Pengajar akan menghantar intipati kursus kepada pelajar melalui aktiviti pembelajaran yang berbeza-beza, kemudian pengajar akan menyelia perbincangan kursus melalui lembaga perbincangan.
“Course Management Systems” (CMS) adalah sistem atas talian yang pada asalnya direka untuk menyokong pembelajaran bilik darjah dalam persekitaran akademik, seperti universiti dan sekolah tinggi. CMS membolehkan tenaga pengajar dengan mudah mencipta kursus laman web dengan mengikuti model dan muat naik dokumen sedia ada dalam “PowerPoint”, “Word”, “Excel”, “Acrobat” dan format lain yang terkenal tanpa perlu menukarnya kepada format web (seperti HTML), mereka memerlukan kemahiran khusus yang sedikit.
Saul Carliner
Secara mudahnya “Course Management System” (CMS) ialah alat atau perisian yang membenarkan tenaga pengajar meletakkan maklumat di web tanpa dia perlu mengetahui atau memahami “HTML” atau lain-lain bahasa komputer. Definisi CMS yang lebih lengkap ialah ia menyediakan satu set alat dan rangka kerja kepada tenaga pengajar yang membolehkan dia mewujudkan kandungan kursus atas talian dengan mudah serta mengajar dan mengurus kursus tersebut termasuk pelbagai interaksi dengan pelajar yang mengambil kurus itu.
John Meerts
Fungsi LMS
LMS berfungsi sebagai:
- Pengurusan bahan kursus. Dengan memasukkan sukatan pembelajaran, rancangan semester,rancangan harian, pengumuman, bahan kursus, tugasan, kerja kursus, skema pemarkahan, kuiz, prestasi pelajar (gred) dan kehadiran kelas
- Ujian. Pengajar memuat masuk soalan dan pelajar dapat menjawab secara atas talian (online)
- Perbincangan susulan antara pengajar dan pelajar
- Laporan agregat, seperti bilangan orang yang mendaftar untuk kursus tertentu.
- Sebagai katalog kursus. Menyenaraikan kod kursus, taraf kursus, waktu kuliah, tutorial dan unit
Fungsi CMS
CMS berfungsi untuk :
- Untuk meletakkan bahan-bahan kursus secara dalam talian. Kebanyakan CMS menyediakan butang pra-diprogramkan untuk kursus sukatan pelajaran, kursus, jadual dan bahan-bahan kursus yang dikaitkan dengan pelajaran tertentu, seperti salinan bacaan dan slide Power Point dari kuliah
- Dapat menilai kemajuan pelajar. Ia membolehkan pengajar memberi kuiz dan ujian secara atas talian (online), dan sebuah buku dalam talian gred, di mana pengajar boleh mengepos gred pelajar
- Tapak perbincangan. Pengajar dan pelajar dapat berkongsi tentang pembacaan dan meneruskan perbincangan kelas seperti sesi kelas formal
- Sebagai alat komunikasi. Pengajar boleh menghantar pengumuman kepada kelas dan berkomunikasi secara individu dengan pelajar
Kebaikan & Keburukan LMS
Membina e-learning ertinya membina sebuah perisian berasaskan web, dimana analisis diperlukan dengan cara yang lebih mendalam tentang reka bentuk sistem yang disesuaikan dengan keperluan. Membina sistem dari awal memang tidaklah mudah. Apatah lagi membina perisian berasaskan web yang sangat terdedah dengan masalah keselamatan web tersebut, dimana diperlukan banyak proses dan penguasaan teknologi yang tinggi di dalamnya.
Kelemahan :
- Pergantungan penuh terhadap vendor LMS yang digunakan.
- Organisasi harus menyesuaikan proses e-learning berdasarkan LMS yang digunakan.
- LMS pada umumnya hanya membuat perancangan, penyampaian, pentadbiran, dan pengurusan aktiviti-aktiviti para pelajar serta proses pembelajaran.
- Pembuatan, penerbitan, pentadbiran, dan pengurusan bahan pembelajaran yang digunakan LMS merupakan domain dari LCMS (Learning Content Management System).
- Beberapa LMS juga menyediakan kemudahan LCMS walaupun tidak lengkap. Namun bagi LMS yang tidak menyediakan LCMS sama sekali, maka bahan atau maklumat yang ingin dibuat harus menggunakan software luaran (external).
Kelebihan :
- Menyediakan kemudahan LCMS untuk membuat maklumat dan memudahkan sistem pentadbiran daripada menteri pelajaran sendiri.
- Mengikuti konsep pembelajaran yang komprehensif dan fleksibel.
- Menyediakan cara untuk mengesan dan mengikut perkembangan aktiviti pembelajaran (tracking data). Antara cara yang berkesan untuk setiap pengguna khususnya para pelajar.
- Penyesuaian penggunaan yang sangat luas dan fleksibel terhadap segala komponen Moodle.
- Cepat, mudah dan berkesan cara penggunaanya sesuai dengan era teknologi pada masa kini kerana tidak terikat dengan mana-mana programing yang perlu didaftarkan atau dinyatakan terlebih dahulu.
Kebaikan & Keburukan CMS
Course Management System (CMS) atau singakatannya CMS mempercepat waktu membina sesebuah website. Hal ini demikian kerana melalui CMS, pengguna tidak perlu menulis kod atau merancang data perisian dan sebagainya. Selain itu, CMS juga mampu mengelola perisian web dan portal secara efisien dan efektif terutamanya dalam bidang perniagaan.
Kebaikan
- Aplikasi ini juga mewujudkan interaksi yang lebih personal dengan para pengguna.
- CMS mampu mewujudkan satu laman sesawang yang berfungsi dengan lebih berkesan dan fleksibel.
- Perkara ini bermanfaat bagi tujuan pemasaran produk sesebuah perniagaan.
- CMS juga bertindak sebagai informasi dalam bentuk teks, grafik, gambar mahupun dalam format-format lain yang perlu dikelola dengan tujuan memudahkan proses pembuatan, pembaharuan, distribusi, pencarian, analisis dan meningkatkan fleksibiliti untuk ditransformasikan ke dalam bentuk lain.
Keburukan
- Bentuk dan cara penggunaan website lebih kurang sama dengan website yang lain yang dibuat dengan CMS yang sama.
- Penggunaan dan fungsi website terbatas, tidak 100% sesuai dengan keinginan pemilik website.
- Terbatasnya editing kod HTML ataupun PHP.
- Untuk website kecil penggunaan CMS terlalu berlebihan dan tidak sesuai bagi tujuan mempromosi khususnya dalam perniagaan.
Perisian LMS
Sistem Pengurusan Pembelajaran atau LMS mampu memberi impak kepada ;asas aktiviti institusi pendidikan. LMS juga memainkan peranan di dalam latihan dan pengukur kemahiran perniagaan. Ia perlu diselarikan dengan prosedur standard untuk semua aktiviti-aktiviti pembelajaran dan pengajaran termasuk menangani isu-isu dasar yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti ini.
Hasilnya terhadap pilihan LMS sama ada komersial atau Sumber Terbuka, telah menggabungkan semua isu ini di dalam pelaksanaannya. LMS biasanya menawarkan pelbagai alatan untuk menyediakan kursus yang lebih berkesan dan ia adalah alatan yang sesuai untuk memperkemaskan pembelajaran dengan menggunakan kelebihan yang terdapat di internet tanpa mengabaikan kepentingan seorang guru.
Moodle merupakan salah satu perisian yang dilihat mempunyai nilai yang tinggi dan paling tinggi penggunaannya di dalam komuniti pendidikan, khususnya pendidikan tinggi dan universiti.Kelebihan utama perisian Sumber Terbuka ialah kos pelesenannya dihapuskan tidak seperti LMS yang komersil. Faktor penting yang kedua ialah perisian Sumber Terbuka mempunyai fungsi yang boleh disesuaikan dan diubah untuk memenuhi keperluan pengguna. Di samping itu, sokongan bantuan terhadap Sumber Terbuka adalah amat kuat.
Moodle semakin mendapat populariti di kalangan universiti dunia dan sama ada yang sedang digunakan atau telah lama digunakan di beberapa universiti dunia. Kebanyakan laman web universiti-universiti UK telah mendedahkan penggunaan penuh mereka terhadap Moodle termasuklah Kent,Essex, Bath, Birmingham, Glasgow,Open University and City of Dublin. Universiti yang paling besar menggunakan Moodle ialah Open University, universiti yang menawarkan pembelajaran jarak jauh terbesar di dunia.
Terdapat beberapa laman web universiti di Amerika Syarikat seperti, Minnesota, University of California, New Mexico dan Louisiana State University (LSU) mempamerkan penggunaan Moodle secara separa atau penuh.
MOODLE - Talian sistem pengurusan pembelajaran percuma, menyediakan pendidik di seluruh dunia dengan penyelesaian sumber terbuka untuk e-pembelajaran yang berskala, disesuaikan dan selama. Moodle disokong oleh rangkaian yang aktif.
ORACLE - Berkaitan dengan pengurusan bakat anda memproses dan meletakkan anda dalam kedudukan untuk mengembangkan penyelesaian anda sebagai keperluan pengurusan bakat berkembang. Anda juga mendapat kelebihan daya saing dengan metodologi pelaksanaan berpandu dan kit alat yang menyampaikan kandungan amalan terbaik yang dirangka ke arah kejayaan dalam perniagaan.
BLUE VOLT - Perusahaan yang dilanjutkan, menyampaikan latihan di seluruh syarikat, pembekal, saluran jualan, persatuan dan pelanggan. BlueVolt menyampaikan latihan, mengesahkan pengetahuan dan laporan keputusan. SaaS bayar apa yang digunakan.
ED MODO - Berasaskan web sistem yang menyediakan perkongsian kandungan, maklum balas masa nyata, alat komunikasi, pengurusan bilik darjah dan yang berkaitan dengan pendidikan.
EDOOLA - Sistem pengurusan pembelajaran yang memberi tumpuan kepada penyelesaian - Satu sistem penilaian serba boleh - Sebagai mudah alih sedia - Tunjuk cara dalam penyampaian kursus - Menawarkan pasaran kandungan dengan edoola, anda boleh bermula dalam menyampaikan kursus-kursus anda dengan cepat.
Perisian CMS
Sistem pengurusan kandungan (Bahasa Inggeris: content management system (CMS)) ialah sebuah perisian komputer yang membantu pengguna-penggunanya dalam proses pengurusan kandungan. Sebuah CMS menguruskan pelbagai dokumen dan kandungan yang lain seperti imej dan sumber-sumber multimedia. Sebuah sistem pengurusan kandungan laman web ialah sebuah sistem pengurusan kandungan dengan ciri-ciri tambahan untuk mempermudahkan langkah-langkah untuk menerbitkan kandungan web ke dalam laman web.
Sistem pengurusan kandungan web biasanya digunakan sebagai tempat menyimpan, mengawal, dan menerbitkan dokumen-dokumen seperti artikel-artikel berita, manual pengguna, manual teknikal, panduan jualan, dan risalah-risalah penjualan. Sebuah sistem pengurusan kandungan boleh menyokong ciri-ciri berkenaan:
- Mencipta dan mengimport dokumen serta bahan-bahan multimedia.
- Mengenal pasti pengguna-pengguna utama serta tanggungjawab pengurusan kandungan mereka.
- Kebolehan untuk membahagikan peranan serta tanggungjawab dalam kategori-kategori kandungan yang berbeza.
- Mentakrifkan tugas-tugas penting supaya pengurus kandungan dapat diberitahu tentang sebarang pengubahsuaian dalam isi kandungan.
E TRAINING - Penyelesaian perisian mudah untuk mereka bentuk dan menguruskan perkhidmatan web untuk menyediakan pendidikan jarak jauh dalam talian di mana-mana kawasan kepakaran. Ini adalah laman web di mana seorang guru meletakkan bahan-bahan kajian bagi kajian yang perlu dipelajari oleh pelajar. Kaedah ini membolehkan orang mengambil kursus minat mereka tanpa meninggalkan rumah mereka dan mendapatkan sijil selepas itu.
CLASS TRACK - Penjadualan kelas dan sistem pengurusan. Sistem ini membolehkan pentadbir untuk menguruskan pelbagai kursus, sama ada mendaftar peserta secara manual atau menerima pendaftaran dalam talian dan pembayaran. Mengesan kehadiran, pengecualian, ahli keluarga dan banyak lagi.
Rumusan
Kesimpulannya, LMS dan CMS merupakan satu teknologi yang diperlukan untuk memastikan semua kehendak pengguna dipenuhi. LMS dan CMS juga mempunyai kedudukan dalam pendidikan tinggi kerana sememangnya penggunaan perisian ini lebih tersusun dan fokus kepada penerokaan dan penggunaan maklumat. Persekitaran pembelajaran yang bersifat peribadi seperti ini mampu menyediakan alat dan model untuk melayani pelbagai kehendak pengguna yang semakin hari semakin meningkat. Jelaslah bahawa penggunaan perisian ini mendatangkan lebih banyak kebaikan terutamanya dalam kalangan pelajar walaupun terdapat beberapa keburukan yang tersendiri.
Rujukan
Chairul Fadheli. 2012-2014. MANIACMS. Apa itu CMS.
http://www.maniacms.web.id/2012/01/apa-itu-cms.html [29 September 2015].
Panji Nasution. 25 Mei 2011. Belajar CMS dan E-Commerce. Apa yang dimaksud CMS.
http://panjicms.blogspot.my/2012/05/apa-yang-dimaksud-cms.html [29Sept 2015].
Daftar Pustaka. 2008. Membangun E-Learning dengan Moodle.
https://ardansirodjuddin.wordpress.com/2008/09/16/lms-learning-management-system/ [29 Sept 2015].
Rosyidah Khairun Nafisah. 4 April 2011. Learning Management System (LMS).
https://chie135.wordpress.com/2011/04/04/learning-management-system-lms/
[29 Sept 2015]
MU DOT MY PLT. 2008-2015. Sistem Pengurusan Pembelajaran.
http://mu.my/ms/perkhidmatan/penggunaan-lms [29 Sept 2015]